Banyak komen yg aku dapat selepas aku post entry ala-ala aku nak kembali kerahmatullah di Facebook.
Ade jgk org yg kate aku ni mengarut, tapi setahu aku untuk mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T, salah satunya ialah dengan mengingati mati. Aku bukan seorang ustaz atau seorang yang alim, tapi niat dihati hanya untuk kembali kepadaNya. Allah yang Maha Esa.
Aku akui mmg aku banyak buat salah, tak kira siapa, mesti ada salah dan juga silap. Jadi sebelum aku lebih tersesat, lebih baik aku minta maaf pada semua yang terguris hati atau tersinggung dengan perbuatan aku ini. Aku hanyalah insan yang hina dan dina, berdiri aku di dunia ini semuanya hanya kerana hikmat dan juga kekuasaan Allah, yang membuatkan aku berfikir lebih panjang untuk melakukan maksiat.
Aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur walaupun perlbagai peristiwa pahit melanda aku tahun lepas. Amin. Semoha Allah memberkati perjalanan hidupku.


ingt mati..ingt mati.
tu la.. bila teringat pasal mati rasa insaf sikit walaupun hanya sementara.. tmbh2 bila tgk gmbaq org mati xcident.. lagi ngeri